Pages

Petanda anda mempunyai terlebih pakaian yang tidak diperlukan.

Friday, 18 November 2016

APAKAH PETANDANYA?


1. Bilik seperti Stor.

Bilik anda bukan lagi seperti sebuah bilik tetapi seperti sebuah stor. Baju dicampak merata-rata, kalau tak campak pun memang nampak berselerak sbb nak masuk almari tak muat dah, memamng terbiar jela dekat luar almari, ada yang atas lantai, ada yang atas katil, gantung sana sini, tak ke serabut?


2. Almari pakaian tidak boleh ditutup.
Dah banyak sangat baju dlm almari tuh memang susahlah nak tutp almari tuh, dapat orang yang pemalas lagilah, pakai sumbat je dalam almari tuh, bukan nak susun, apa salahnya susun sikit, bersih sikit mata memandang. Jangan sampai lipas masuk beranak dalam almari sudah.


3. Kotak kasut terlampau banyak.
Ada berkotak-kotak kasut baru yang belum dipakai di merata-rata tempat di bilik anda. Dah tahu kau tuh shopaholic belilah almari kasut. Janganlah letak dlm bilik, mahu kepam bau bilik tuh nanti. Kalau nak letak dlm bilik pun susunlah bwh katil elok2. Mana rasa tak pakai tuh jual semua, derma ke?

4. Anda dilabel sebagai kaki membeli-belah.

Rakan dan keluarga melabelkan anda sebagai kaki membeli-belah. Kalau orang yg rapat dgn kita dah cakap gitu, silalah sedar awak tuh dah overspend. Jimat sikit for future, kita tak tahu masa depan kita mcm mana okay. Mana tahu ttbe kita sakit ke memerlukan rawatan, kos hidup skng dala tinggi.

5. Penyangkut baju terlalu banyak.

Penyangkut baju di dalam almari runtuh kerana terlalu berat. Over kan? Tapi ini benar! Dah byk sgt baju tentulah byk penyangkut baju. Tak ke berselirat mata nak tengok.

6. Tabiat membeli baju setiap kali pergi bercuti.

Anda mempunyai tabiat membeli baju setiap kali hendak bercuti. Memanglah kalau pergi bercuti dekat overseas nak beli baju nak shopping sana sini tapi beringatlah sikit, beli 1 2 helai utk diri sendiri dah lah. Janganlah beli 10 helai utk diri sendiri.

7. Baju saiz lain masih di dalam almari.

Ada baju bersaiz S di dalam simpanan anda sedangkan anda sekarang bersaiz XL dan tiada ahli keluarga anda yang bersaiz begitu. So tunggu apa lagi, bagilah sedara-mara ke orang yang memerlukan ke, janganlah dok simpan perap dlm almari tuh.

8. Alasan membeli-belah sebagai hobi.

Anda memberi alasan membeli-belah sebagai terapi sedangkan anda ada banyak hobi lain seperti berbasikal dan menonton wayang. Tak salah pun kalau hobi anda membeli-belah, tapi fikir sejenak sikit apa bagusnya, apa kepentingannya hobi membeli-belah je dari kecil sampai besar.



Mempunyai baju yang terlalu banyak ternyata memberi lebih banyak kesan negatif berbanding positif. Selain ia mengambil tempat dan ruang yang begitu banyak, keadaan juga kelam-kabut, bukan mudah dijaga dan memerlukan masa dan kewangan yang banyak untuk memastikan ia terpelihara daripada lipas, anai-anai dan tikus.
Anda berasa perlu mempunyai baju baru? Baju lama jangan disimpan, sedekahlah pada orang lain yang mahu memakainya. Dapat juga memberi anda pahala. Kumpul pahala, jangan kumpul dosa ok :)

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS