Pages

Muda-muda lagi rambut sudah beruban!! OH TIDAK!!

Wednesday, 26 July 2017



Masalah rambut beruban, pada usia muda sudah tentu menjadi pengalaman paling mengerikan buat kamu. Apatah lagi is berlaku pada usia kamu yang masih muda remaja! Nak tahu apakah puncanya? Jom selidikinya.

GEN ATAU KETURUNAN

Penyebab utama masalah ini berlaku adalah kerana faktor gen atau keturunan. Namun kamu tidak perlu risau kerana bagi yang mengalami masalah rambut beruban pada awal usia, apa kata dapatkan rawatan insentif bersama pakar rambut terlatih.

PEMAKANAN

Nutrisi yang tidak seimbang boleh menyebabkan pengeluaran pigmen pewarna rambut iaitu melamin terbantut. Pigmen tersebut dihasilkan oleh sel tubuh yang dikenali sebagai "melanosit" dan rambut menjadi putih kerana "melanosit" tidak lagi menghasilkan melanin. Namun jika nutrisi yang diambil seimbang, ia secara automatik akan menyebabkan pengeluaran pigmen kembali normal rambut putih akan kembali menjadi hitam dengan sendirinya!


KENALI NUTRISI UNTUK RAMBUT

Jadi, langkah terbaik untuk elak masalah ini daripada terus membelenggu kamu ialah dengan mengetahui nutrisi yang perlu kamu ambil demi menjaga dan mengekalkan kesihatan diri termasuklah untuk rambut kamu.

VITAMIN A

Ia boleh membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuatkan rambut kamu tampak lebih sihat bersinar. Ia boleh diperoleh dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran warna merah dan kuning.

VITAMIN B


Vitamin ini boleh didapati pada sayuran hijau, gandum, beras, hati ayam, pisang, dan sebagainya. Ia cukup baik untuk melancarkan produksi minyak yang berfungsi untuk menjaga kelembapan dan juga juga kesihatan rambut kamu.


VITAMIN E

Ia boleh membantu mengekang uban dari tumbuh cepat pada rambut.

ZAT BESI

Boleh didapati pada daging, ayam, sayuran, telur, bijirin dan juga makanan laut.

GLOW-C SHINE

Boleh amalkan minum GLOW-C SHINE untuk rambut tampil lebih sihat. Amalkan setiap pagi atau malam. 1 kotak ada 30 sachets, kalau amalkan 1 hari 1 sachets boleh tahan sebulan untuk 1 kotak. Insha Allah dalam masa 14 hari sudah nampak kesannya :)




TIP RAWAT RAMBUT BAGI PENGGUNA TOPI KELEDAR

Bagi kamu yang menaiki motosikal sama ada untuk ke kuliah atau pun ke pejabat, pasti kamu yang mengenakan topi keledar atau helmet akan rasa tidak selesa kerana rambut berbau setiap kali pakai helmet. Mahu cara mengatasinya?

JANGAN IKAT RAMBUT

Rutin wajib yang perlu kamu buat sebelum pakai helmet ialah jangan ikat rambut! Ini kerana secara kebiasaanya kamu akan mengenakan helmet dalam keadaan rambut yang lembap atau separa kering. Ini akan membuatkan rambut kamu mudah gugur dan rapuh. Pada masa sama, rambut juga akan jadi cepat berbau!

CUCI HELMET

Jaga kebersihan helmet kamu. Cara terbaik bersihkan bahagian dalam helmet sekali seminggu. Selain menghalang kotoran helmet daripada menyerang rambut kamu, lebih baik kamu atasi ia dengan membersihkannya, sekurang-kurang sekali dalam dua minggu. 

PAKAI PELAPIK

Jika kamu berada dalam keadaan "darurat" iaitu rambut basah dan perlu pakai helmet, lapikkan sahaja pelapis plastik pada rambut sebelum mengenakan helmet.





No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS