Masalah-masalah yang akan anda hadapi bila menyusu bayi dengan susu ibu ialah ramai orang yang akan memberi anda nasihat dan maklumat yang berbeza dan kadangkala bercanggah tentang penyususan susu ibu. Akibatnya ramai wanita mempunyai pelbagai kemusykilan tentang penyusuan susu ibu.
Jika bayi saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Bayi, BOLEHKAH saya menyusuinya?JAWAPAN
SUDAH TENTU. Bayi dalam "Jagaan Rapi" lebih memerlukan susu. Beitahu kakitangan di unit itu bahawa anda ingin menyusu bayi anda. Jika bayi anda tidak boleh menghisap, mereka akan tunjukkan cara memerah susu untuk bayi anda.SOALAN
HARUSKAH saya menjauhi makanan tertentu?JAWAPAN
Pada lazimnya, anda boleh mengambil makanan biasa anda.SOALAN
Mungkin susu saya terlalu cair untuk bayi saya?JAWAPAN
Bila susu mulai mengalir, kepekatannya kadangkala berubah dari berkrim kepada berair. Keadaan ini adalah normal.SOALAN
MUNGKINKAH susu saya boleh kering?JAWAPAN
Ini boleh berlaku tetapi keadaan ini mungkin dapat diatasi jika bayi anda menyusu dengan kerap, anda sentiasa tenang, mengamalkan pemakanan seimbang dan berehat dengan secukupnya.SOALAN
HARUSKAH saya melibatkan suami dalam penjagaan bayi?JAWAPAN
SUDAH TENTU. Bincanglah bersama di peringkat awal tentang bagaimana anda akan menyusukan bayi nanti.
SOALAN
BOLEHKAH penyusuan ibu menjejaskan payudara saya?JAWAPAN
TIDAK. Bila wanita mengalami perubahan pada ukuran payudara selepas bersalin, kemungkinan besar ini adalah kerana otot-otot yang menyokong, payudara mereka dibiarkan kendur. Untuk mengelakkan keadaan ini, pakailah coli yang boleh mengampu dengan baik dan bersenam untuk menguatkan otot-otot di dada.SOALAN
BOLEHKAH saya menyusu bayi selepas bersalin secara pembedahan 'caesarian'?JAWAPAN
Anda masih boleh memegang dan menyusu bayi sebaik sahaja selepas bersalin, walaupun anda mungkin memerlukan bantuan. Anda terpaksa baring di katil untuk beberapa jam pertama, tetapi anda digalakkan bangun dan bergerak selepas itu untuk mempercepatkan pemulihan.SOALAN
Jika payudara saya tidak membesar semasa saya mengandung, atau jika saya mempunyai payudara yang kecil, bolehkah saya menyusu bayi?JAWAPAN
SUDAH TENTU. Ramai wanita yang tidak akan mengalami sebarang perubahan payudara mereka tetapi masih boleh menyusu bayi mereka. Saiz payudara tiada kaitannya dengan keupayaan menyusu.SOALAN
ADAKAH benar jika saya tidak mengahasilkan kolostrum semasa mengandung, saya tidak akan berupaya menghasilkan susu?JAWAPAN
TIDAK BENAR. Ramai wanita menghasilkan kolostrum hanya selepas bersalin, dan masih dapat menyusu dengan sempurna.SOALAN
ADAKAH saluran-saluran susu akan tersumbat jika saya tidak memerah kolostrum keluar semasa mengandung?JAWAPAN
TIDAK. Biasanya susu akan tetap mengalir walaupun kolostrum tidak dikeluarkan. Anda mengkin perlu memerah susu untuk disimpan selepas bersalin, jadi eloklah anda mempelajari cara melakukannya.SOALAN
HARUSKAH saya menyusu bayi di waktu malam?JAWAPAN
Adalah lebih baik menyusu di waktu malam selagi dia mahu. Cara yang paling mudah ialah membiarkan bayi tidur bersama anda, jadi dia boleh menyusu tanpa menganggu anda. Menyusu di waktu malam memberi bayi lebih masa untuk menyusu. Ini akan membantu mengekalkan bekalan susu dan jika anda tiada di rumah pada waktu siang, bayi anda boleh mendapatkan kebanyakkan susu yang diperlunya pada waktu malam.SOALAN
HARUSKAH saya memberi bayi saya air, glukosa atau jus buah-buahan?JAWAPAN
Untuk 6 bulan pertama, bayi anda tidak memerlukan makanan atau cecair lain selain daripada susu ibu. Walaupun selepas bersalin, sebelum susu ibu keluar, bayi anda tidak memerlukan air tambahan sebab bayi yang normal dilahirkan dengan bekalan air yang mencukupi sehingga pengeluaran susu ibu.SOALAN
BOLEHKAH saya menyusu dengan puting tenggelam?JAWAPAN
Ya. Ingatlah bahawa bayi mendapat susu dari payudara bukannya puting! Oleh itu, galakkan bayi anda menghisap sebanyak mungkin payudara anda, mulai dari penyusuan pertama. Semasa menyusu, bayi akan menghisap puting dengan kuat dan ini membantu memulihkan puting yang tenggelam.SOALAN
Bagaimanakah cara untuk menambahkan susu badan ibu?JAWAPAN
Amalkan minum GLOW-C SHINE setiap pagi atau malam. GLOW-C SHINE dapat membantu memperbanyakkan susu badan ibu.
Untuk maklumat lanjut, boleh terus whatsapp admin di
011.2117.9477
011.2117.9477
011.2117.9477
No comments:
Post a Comment