Pages

Kelebihan bangun pagi

Thursday, 27 October 2016

DAPAT BERSENAM


Menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk 
melakukan aktiviti seharian. Dengan sedikit masa walaupun sekadar lima 
minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga.


BERSARAPAN AWAL


Bersarapan pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang 
mesti dilakukan. Dengan bersarapan, tenaga dapat dijana untuk bekerja, 
belajar dan berfikir. Selain itu, sarapan merupakan cara berdiet yang 
betul dan mampu mencegah kegemukan.


EMOSI YANG STABIL


Cuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana
 bangun lewat. Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan
 lalu lintas, kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimarahi
pihak atasan. Hasilnya, emosi akan terganggu sepanjang hari tersebut.


DAPAT MENYELESAIKAN KERJA DENGAN SEGERA


Bagi seorang ibu yang berkerjaya, bangun awal pagi memberi ruang
masa yang lebih untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh
pakaian, memasak dan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak.
Bagi seorang pelajar, dengan bangun awal mereka boleh mengulangkaji
 pelajaran. Begitu juga dengan suami yang bangun awal dapat mengejutkan
 isteri dan anak-anak untuk solat subuh secara berjemaah. 


MENYAMBUT HARI BARU


Diberi keizinan untuk memulakan hari baru ialah nikmat yang tidak 
ternilai  harganya. Bayangkan seandainya kita tidur panjang dan 
selama-lamanya? Maka, bersyukurlah dikurniakan hari yang baru 
dengan memulakan hari pada awal pagi lagi.


PRODUKTIVITI KERJA LEBIH BAIK


Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan,
maka ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik.
Hidup anda juga akan menjadi lebih produktif dengan adanya
masa lebih di awal pagi untuk menyusun atur jadual harian.


MEMILIKI TUBUH YANG SIHAT


Jika kita mandi sebelum solat Subuh, maka pelbagai kebaikan 
akan kita perolehi. Kulit kita akan menjadi lebih lembut dan halus, 
dapat melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesuburan 
lelaki dan perempuan, meningkatkan sel darah putih, dan 
mengurangkan tekanan serta mendapat ketenangan.


DOA RASULULLAH DI PAGI HARI 

"Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan di hari ini,
 kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya
 dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan
 yang ada di dalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS