TARIKH PEMBAYARAN BR1M 2017
Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Februari 2017.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BR1M mengikut kategori pendapatan bulanan.
ADAKAH ANDA LAYAK MENERIMA BR1M?
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4000 dan ke bawah.
- Warga emas yang hidup bersendirian.
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2000 dan ke bawah.
MEMOHAN DAN KEMASKINI BR1M SECARA ONLINE:
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BR1M secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi eBR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
No comments:
Post a Comment