Sebab-Sebab
Pengharaman Valentine’s Day
Kebanyakan
golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan
yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan
merosakkan generasi umat Islam akan datang. Ia adalah berdasarkan kepada kajian
yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan yang menfatwakan bahawa adalah HARAM kepada umat Islam menyambut
Perayaan Valentine’s Day di atas sebab-sebab berikut :
1. Tanggal
14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan
meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan
masing-masing.
2. Ada
yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah,
mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari
besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam
dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga
sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada
teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama
yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
3. Tidak
dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan
terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui
asal-usul dan sejarah hari tersebut.
4. Hari
Kekasih yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan
akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut Hari Kekasih berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke
tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai
kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang
tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
5. Harus
diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari
tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran.
Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang
Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
No comments:
Post a Comment