Pages

Langkah untuk mencapai berat badan unggul

Tuesday, 14 February 2017


Sekiranya BMI anda menunjukkan bahawa anda berada lebih daripada tahap berat badan yang unggul, maka anda boleh memilih cara mengawal berat badan dengan memilih cara mengawal berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan digabungkan dengan senaman yang teratur.

Mengamalkan pemakan yang sihat:
  • Memakan makanan yang pelbagai jenis seperti memilih makanan daripada kumpulan bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Tambahkan makanan jenis serat (fiber) - lebihkan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan kuning, kekacang dan bijirin.
  • Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Elaklan memakan makanan yang digoreng. Pilih makanan yang kurang berlemak.
  • Makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda.
  • Makan mengikut masa yang tetap dan elakkan daripada memakan snek di antara masa makan.
  • Kurangkan  pengambilan gula dalam makanan anda. Elakkan meminum minuman ringan, kordial, biskut, kek, makanan pencuci mulut dan jem.

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS