Pages

Muda-muda lagi rambut sudah beruban!! OH TIDAK!!

Wednesday, 26 July 2017



Masalah rambut beruban, pada usia muda sudah tentu menjadi pengalaman paling mengerikan buat kamu. Apatah lagi is berlaku pada usia kamu yang masih muda remaja! Nak tahu apakah puncanya? Jom selidikinya.

GEN ATAU KETURUNAN

Penyebab utama masalah ini berlaku adalah kerana faktor gen atau keturunan. Namun kamu tidak perlu risau kerana bagi yang mengalami masalah rambut beruban pada awal usia, apa kata dapatkan rawatan insentif bersama pakar rambut terlatih.

PEMAKANAN

Nutrisi yang tidak seimbang boleh menyebabkan pengeluaran pigmen pewarna rambut iaitu melamin terbantut. Pigmen tersebut dihasilkan oleh sel tubuh yang dikenali sebagai "melanosit" dan rambut menjadi putih kerana "melanosit" tidak lagi menghasilkan melanin. Namun jika nutrisi yang diambil seimbang, ia secara automatik akan menyebabkan pengeluaran pigmen kembali normal rambut putih akan kembali menjadi hitam dengan sendirinya!


KENALI NUTRISI UNTUK RAMBUT

Jadi, langkah terbaik untuk elak masalah ini daripada terus membelenggu kamu ialah dengan mengetahui nutrisi yang perlu kamu ambil demi menjaga dan mengekalkan kesihatan diri termasuklah untuk rambut kamu.

VITAMIN A

Ia boleh membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuatkan rambut kamu tampak lebih sihat bersinar. Ia boleh diperoleh dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran warna merah dan kuning.

VITAMIN B


Vitamin ini boleh didapati pada sayuran hijau, gandum, beras, hati ayam, pisang, dan sebagainya. Ia cukup baik untuk melancarkan produksi minyak yang berfungsi untuk menjaga kelembapan dan juga juga kesihatan rambut kamu.


VITAMIN E

Ia boleh membantu mengekang uban dari tumbuh cepat pada rambut.

ZAT BESI

Boleh didapati pada daging, ayam, sayuran, telur, bijirin dan juga makanan laut.

GLOW-C SHINE

Boleh amalkan minum GLOW-C SHINE untuk rambut tampil lebih sihat. Amalkan setiap pagi atau malam. 1 kotak ada 30 sachets, kalau amalkan 1 hari 1 sachets boleh tahan sebulan untuk 1 kotak. Insha Allah dalam masa 14 hari sudah nampak kesannya :)




TIP RAWAT RAMBUT BAGI PENGGUNA TOPI KELEDAR

Bagi kamu yang menaiki motosikal sama ada untuk ke kuliah atau pun ke pejabat, pasti kamu yang mengenakan topi keledar atau helmet akan rasa tidak selesa kerana rambut berbau setiap kali pakai helmet. Mahu cara mengatasinya?

JANGAN IKAT RAMBUT

Rutin wajib yang perlu kamu buat sebelum pakai helmet ialah jangan ikat rambut! Ini kerana secara kebiasaanya kamu akan mengenakan helmet dalam keadaan rambut yang lembap atau separa kering. Ini akan membuatkan rambut kamu mudah gugur dan rapuh. Pada masa sama, rambut juga akan jadi cepat berbau!

CUCI HELMET

Jaga kebersihan helmet kamu. Cara terbaik bersihkan bahagian dalam helmet sekali seminggu. Selain menghalang kotoran helmet daripada menyerang rambut kamu, lebih baik kamu atasi ia dengan membersihkannya, sekurang-kurang sekali dalam dua minggu. 

PAKAI PELAPIK

Jika kamu berada dalam keadaan "darurat" iaitu rambut basah dan perlu pakai helmet, lapikkan sahaja pelapis plastik pada rambut sebelum mengenakan helmet.





Masalah haid datang lagi.. MACAM MANA NAK BETULKAN KITARAN HAID NIH?

Thursday, 20 July 2017


Kisah Si Hajar.
--------------------

Awal usia 12 tahun hajar sudah mula datang period.
Mula-mulanya kitaran period okay je hajar kata.

Tapi dah masuk umur 20 tahun tiba-tiba kitaran period cacar merba.
Hajar risau kenapa kitaran period dia tak betul.

Tiap kali datang period dia catat dalam buku.
Kejap 1 hari je datang untuk sebulan.
Kejap 2 bulan langsung tak datang.
Kejap 1 bulan asyik datang.

Dah kenapa kitaran period hajar macam nih.
Hajar risau dah. Dah jumpa doktor banyak kali.
Doktor bagi ubat suruh amalkan tapi tak berkesan juga.

Dah pergi farmasi cuba ubat itu ini.
Ada kesan pun sebulan je okay.
Lepas tuh tak betul balik kitaran period tuh.

Buntu!
Risau!
Takut!
Semua ada!

1 hari Hajar terjumpa kawan lamanya bernama Syasya.
Syasya pun menghadapi masalah yang sama macam si Hajar nih.
Tapi kitaran period syasya dah okay dah sekarang.
Si Hajar nih pun apa lagi, mestilah beria tanya Syasya.

MACAM MANA KAU BETULKAN KITARAN HAID KAU NIH??

Syasya amalkan makan herba cina iairu Horny Goat Weed atau saintifiknya Herba Epimedium Sagittatum. 
Ia memang terbukti membantu memulihkan kitaran haid bagi wanita.  

------------------------------------
Kata Syasya:
Sekarang dah ada cara mudah Hajar, kau tak payah lagi guna cara tradisional.
Nak kena rebus daun herba dan minum air rebusan bagai dah.

Sebaliknya kau boleh makan dalam bentuk kapsul dah sekarang nih.
Senang dan mudah untuk kau amalkan setiap hari.

Dengan pengambilan 2 biji #EPISOR untuk 2 kali sehari, 
insha Allah kau boleh nampak kesan seawal 1 bulan Hajar.

#EPISOR nih jela yang aku amalkan sekarang Hajar.
Alhamdulillah kitaran period aku skng nih cun melecun!

Kau cuba contact nombor nih kalau kau nak cuba okay..
011.2117.9477
011.2117.9477
011.2117.9477



CARA YANG BETUL MENCEGAH JERAGAT.

Tuesday, 18 July 2017

JERAGAT?

JERAGAT?

JERAGAT?



Jeragat adalah salah satu bentuk jerawat yang mana akan tumbuh pada bahagian muka (pipi, hidung dan dahi). Jeragat akan kelihatan sebagai bintik-bintik putih ataupun hitam yang kecil. Jeragat berpunca daripada minyak kulit muka dan sel-sel yang mati menyekat pora kulit.


CARA YANG BETUL MENCEGAH JERAGAT!

1. BASUH RAMBUT SELALU

Jika anda mempunyai rambut yang berminyak, ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit muka yang akan meninggikan peluang anda memiliki liang yang tersumbat. Selain daripada membasuh muka dua kali sehari, anda juga perlu pastikan anda membasuh rambut anda setiap dua tiga hari sekali, bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi di bahagian muka. 

2. KOSMETIK BEBAS MINYAK

Gunakan bahan solek dan losyen yang bebas daripada minyak. Produk-produk kecantikan yang berminyak adalah punca utama liang menjadi tersumbat. Selain daripada itu, anda juga perlu memastikan alat-alat solek anda seperti berus dan span dibasuh dengan lebih kerap, kerana ianya boleh mengundang bakteria untuk hidup padanya. 

3. DIET PEMAKANAN SIHAT

Akhir sekali, anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat. Oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang baik. 

Anda juga haruslah mengamalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat. 

4. EMORRA LUCENT GLOW SERUM

Serum ini memperbaiki struktur dan tekstur kulit. Kulit wajah yang tidak dirawat dengan baik akan menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam, tidak bermaya dan tua sebelum usia. 


Antara kelebihan Emorra Lucent Glow


- Menyekatakan tona kulit

- Melindungi dari sinaran UV

- Mengecilkan pori pori muka

- Mengawal kulit dari berminyak


- Mengekalkan kelembapan kulit


- Membantu melembapkan kulit wajah

- Memudarkan lingkaran gelap bawah mata 

- Menegangkan kulit wajah agar muda remaja

- Menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah

- Anti penuaan dan kadar anti oksidan yang tinggi

- Membantu mengurangkan pigmentasi , jeragat & melasma

- Membantu meratakan bekas lubang jerawat/lopak kulit pada wajah


- Meningkatkan segera kelembapan kulit melebihi 100%

- Meningkatkan elastin untuk keanjalan kulit melebihi 150%

- Menguatkan rintangan perlindungan kulit(filaggrin) melebihi 120%

- Meningkatkan penghasilan collagen melebihi 249% untuk penegangan struktur kulit




Tips diet seimbang. Jom amalkan sekarang!!

Monday, 17 July 2017

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.



Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah epal, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.


Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.


Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.


Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian. Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.


Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam


Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).



Persoalan tentang penyusuan susu ibu. Jawapan kepada soalan-soalan anda ada di sini !!

Thursday, 13 July 2017

Masalah-masalah yang akan anda hadapi bila menyusu bayi dengan susu ibu ialah ramai orang yang akan memberi anda nasihat dan maklumat yang berbeza dan kadangkala bercanggah tentang penyususan susu ibu. Akibatnya ramai wanita mempunyai pelbagai kemusykilan tentang penyusuan susu ibu.

SOALAN
Jika bayi saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Bayi, BOLEHKAH saya menyusuinya?
JAWAPAN
SUDAH TENTU. Bayi dalam "Jagaan Rapi" lebih memerlukan susu. Beitahu kakitangan di unit itu bahawa anda ingin menyusu bayi anda. Jika bayi anda tidak boleh menghisap, mereka akan tunjukkan cara memerah susu untuk bayi anda.
SOALAN
HARUSKAH saya menjauhi makanan tertentu?
JAWAPAN
Pada lazimnya, anda boleh mengambil makanan biasa anda.
SOALAN
Mungkin susu saya terlalu cair untuk bayi saya?
JAWAPAN
Bila susu mulai mengalir, kepekatannya kadangkala berubah dari berkrim kepada berair. Keadaan ini adalah normal.
SOALAN
MUNGKINKAH susu saya boleh kering?
JAWAPAN
Ini boleh berlaku tetapi keadaan ini mungkin dapat diatasi jika bayi anda menyusu dengan kerap, anda sentiasa tenang, mengamalkan pemakanan seimbang dan berehat dengan secukupnya.
SOALAN
HARUSKAH saya melibatkan suami dalam penjagaan bayi?
JAWAPAN
SUDAH TENTU. Bincanglah bersama di peringkat awal tentang bagaimana anda akan menyusukan bayi nanti.

SOALAN
BOLEHKAH penyusuan ibu menjejaskan payudara saya?
JAWAPAN
TIDAK. Bila wanita mengalami perubahan pada ukuran payudara selepas bersalin, kemungkinan besar ini adalah kerana otot-otot yang menyokong, payudara mereka dibiarkan kendur. Untuk mengelakkan keadaan ini, pakailah coli yang boleh mengampu dengan baik dan bersenam untuk menguatkan otot-otot di dada.
SOALAN
BOLEHKAH saya menyusu bayi selepas bersalin secara pembedahan 'caesarian'?
JAWAPAN
Anda masih boleh memegang dan menyusu bayi sebaik sahaja selepas bersalin, walaupun anda mungkin memerlukan bantuan. Anda terpaksa baring di katil untuk beberapa jam pertama, tetapi anda digalakkan bangun dan bergerak selepas itu untuk mempercepatkan pemulihan.
SOALAN
Jika payudara saya tidak membesar semasa saya mengandung, atau jika saya mempunyai payudara yang kecil, bolehkah saya menyusu bayi?
JAWAPAN
SUDAH TENTU. Ramai wanita yang tidak akan mengalami sebarang perubahan payudara mereka tetapi masih boleh menyusu bayi mereka. Saiz payudara tiada kaitannya dengan keupayaan menyusu.
SOALAN
ADAKAH benar jika saya tidak mengahasilkan kolostrum semasa mengandung, saya tidak akan berupaya menghasilkan susu?
JAWAPAN
TIDAK BENAR. Ramai wanita menghasilkan kolostrum hanya selepas bersalin, dan masih dapat menyusu dengan sempurna.
SOALAN
ADAKAH saluran-saluran susu akan tersumbat jika saya tidak memerah kolostrum keluar semasa mengandung?
JAWAPAN
TIDAK. Biasanya susu akan tetap mengalir walaupun kolostrum tidak dikeluarkan. Anda mengkin perlu memerah susu untuk disimpan selepas bersalin, jadi eloklah anda mempelajari cara melakukannya. 
SOALAN
HARUSKAH saya menyusu bayi di waktu malam?
JAWAPAN
Adalah lebih baik menyusu di waktu malam selagi dia mahu. Cara yang paling mudah ialah membiarkan bayi tidur bersama anda, jadi dia boleh menyusu tanpa menganggu anda. Menyusu di waktu malam memberi bayi lebih masa untuk menyusu. Ini akan membantu mengekalkan bekalan susu dan jika anda tiada di rumah pada waktu siang, bayi anda boleh mendapatkan kebanyakkan susu yang diperlunya pada waktu malam. 
SOALAN
HARUSKAH saya memberi bayi saya air, glukosa atau jus buah-buahan?
JAWAPAN
Untuk 6 bulan pertama, bayi anda tidak memerlukan makanan atau cecair lain selain daripada susu ibu. Walaupun selepas bersalin, sebelum susu ibu keluar, bayi anda tidak memerlukan air tambahan sebab bayi yang normal dilahirkan dengan bekalan air yang mencukupi sehingga pengeluaran susu ibu.
SOALAN
BOLEHKAH saya menyusu dengan puting tenggelam?
JAWAPAN
Ya. Ingatlah bahawa bayi mendapat susu dari payudara bukannya puting! Oleh itu, galakkan bayi anda menghisap sebanyak mungkin payudara anda, mulai dari penyusuan pertama. Semasa menyusu, bayi akan menghisap puting dengan kuat dan ini membantu memulihkan puting yang tenggelam.
SOALAN
Bagaimanakah cara untuk menambahkan susu badan ibu?
JAWAPAN
Amalkan minum GLOW-C SHINE setiap pagi atau malam. GLOW-C SHINE dapat membantu memperbanyakkan susu badan ibu. 


Untuk maklumat lanjut, boleh terus whatsapp admin di 
011.2117.9477 
011.2117.9477 
011.2117.9477 


Beli 3 KOTAK EGCS, dapat FREE 2 KOTAK EGCS!!

Sunday, 9 July 2017

Korang guna collagen apa utk kekal sihat dan cantik?
Bukan boleh cantik je tapi sihat dan bertenaga sepanjang hari.
.
Terdapat banyak kelebihan kalau uols amalkan EGCS nih setiap hari.
Tak kisah lah uols nak makan pagi ke malam ke atau pagi dan malam ke,
Up to you okay! Kalau nak cantik kena rajin lebih okay!!
.
Admin nak bagitau yang Emorra Beauty skng nih ada buat PROMOSI utk collagen nih!!
Kalau uolss beli 3 kotak EGCS, uolss akan dapat 2 kotak EGCS lagi secara PERCUMA!! 
.
Siapa tak nak weh??
Ramai gilerr dah yang repeat order dengar cito eh!!



EMORRA GLOW C SHINE ialah produk supplement mewah yang hebat berasaskan bahan semula jadi keluaran Bumiputra Muslim yang halal dan mendapat pengkelasan produk dari BPFK (KKM) dibawah kategori makanan tambahan (food) yang semakin digilai dan dicari-cari oleh wanita wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit, MUA, Selebriti, Artis, Model dan pengguna wanita serta lelaki di Malaysia!


EMORRA GLOW C SHINE membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit wajah dan seluruh badan seperti:

- Membantu mencerahkan kulit.
- Menggebukan, menganjalkan kulit.
- Menyamaratakan kulit secara keseluruhan.
- Memudarkan lingkaran gelap bawah mata .
- Mengurangkan keguguran rambut.
- Mengurangkan kulit kepala berminyak & kelemumur.
- Menghilangkan parut & jerawat.
- Anti penuaan dan kadar anti oksidan yang tinggi.
- Mengurangkan eczema.
- Merawat jerawat & ruam halus di badan.
- Mengawal kulit dari berminyak.
- Mengurangkan pigmentasi , jeragat & melasma .
- Mengurangkan keguguran rambut.
- Mengekalkan kelembapan kulit .
- Menguatkan gigi dan mata lebih bercahaya.
- Rambut bersinar dan tidak mudah putus.
- Memberi Tenaga & Stamina lebih tinggi
- Meningkatkan susu badan si ibu yang menyusukan anak kecil, insyaAllah

.
Jangan lupa amalkan setiap hari untuk terus sihat dan cantik okay!! 
Nak harga diskaun terus whatsapp atikah di 011.2117.9477


8 SUNNAH cara Rasulullah menjaga kesihatan diri dan hidup sihat..

Monday, 3 July 2017

Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?

Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat. 

Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.


Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?

Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.


1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.


3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: " Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)." (Muttafaq Alaih).
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul dihadapan tempat yang hendak kita pergi.


5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu' dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.


6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bejerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.


7# TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. " Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah."


8# JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS