PENGENALAN
Stress ialah tindak balas fizikal, emosi, dan mental kepada perubahan.
Stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan, dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.
KENAPA ANDA STRESS?
- Diri Sendiri - Kecewa
- Keluarga - Masalah rumahtangga, kewangan, anak dan sebagainya
- Pekerjaan - Tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya.
- Komuniti - Bertengkar dengan jiran
- Kesesakan lalulintas
- Persekitaran yang tidak selesa
- Tragedi
- Menunggu lama
TANDA-TANDA STRESS
- Jantung berdegup kencang
- Cepat marah
- Rasa tidak gembira
- Hilang selera makan
- Hilang minat terhadap kerja
- Tidak cukup tidur
- Suka menengking
- Cuba jauhkan diri
APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN APABILA ANDA MARAH?
- Bertenang...tarik nafas dan lepas perlahan-lahan
- Kenalpasti punca anda marah
- Mendapat nasihat orang lain
- Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan
- berbincang dengan ahli keluarga atau rakan
- Membiasakan diri memaafkan dan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan
No comments:
Post a Comment