Buah dan sayur merupakan sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan.
MENGAPA PERLU MAKAN BUAH & SAYUR?
Buah dan sayur perlu kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan, antaranya:
- Serat dapat mengurangkan masalah sembelit
- Vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit
- Potasium menguatkan fungsi otot
- Antioksidan melambatkan proses penuaan
Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat kerana ia rendah kalori dan kaya dengan serat. Kita perlu mengambil 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran setiap hari.
CONTOH SAJIAN
Satu sajian sayur-sayuran
1/2 cawan sayuran berdaun hijau dengan batangnya boleh dimakan atau
1 cawan sayur mentah atau ulam-ulaman.
Satu sajian buah-buahan
1/2 biji buah jambu batu bersaiz sederhana atau
1 biji buah oren, epal, pir yang sederhana atau
1 biji pisang yang sederhana atau
1 potong betik dan nanas
No comments:
Post a Comment