7 LANGKAH BIJAK MENGURANGKAN GULA:
1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkabonat, air sirap dan kordial.
2. hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.
7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula".
Kandungan gula dalam minuman berbungkus
JENIS ISIPADU PER KANDUNGAN GULA BIL. SUDU
KOTAK/TIN/BOTOL (ml) KOTAK/TIN/BOTOL (G) TEH GULA
(1 sudu + 5g)
Minuman 240 16 3 1/4
Isotonik
Minuman 240 25 5
Berkarbornat
Minuman 300 28 5 1/2
Soya
Minuman 240 28 5 1/2
Teh
Minuman 300 35 7
Blackcurrant
Minuman 300 33 6 1/2
Laici
Minuman 300 21 4 1/4
Teh Bunga
Minuman 300 27 5 1/2
Cincau
Minuman 330 59 11 3/4
Tenaga
No comments:
Post a Comment