Apa itu gula?
Gula adalah sejenis bahan yang meberi rasa manis pada makanan. Ia wujud secara semulajadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambha semasa penyediaan makanan dan minuman.
Gula yang paling biasa ialah gula pasir atau yang dihasilkan daripada pemprosesan tebu. Gula ini sering kali digunakan untuk memaniskan pelbagai minuman ringan seperti kordial, sirap, minuman bergas dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis ke dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim, dan beberapa bijirin sarapan.
Pengambila makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan secara berlebihan boleh menyebakan masalah kesihatan.
Jenis-jenis gula
Gula Semulajadi
Gula yang terdapat secara semulajadi di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.
Gula Tersembunyi
Gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti dalam masakan, minuman, kuih-muih dan sebagainya.
Kesan gula terhadap kesihatan
1. Meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obesiti seterusnya mendorong kepada masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.
2. Mengakibatkan pembentukan karies gigi.
3. Mengakibatkan kekurangan nutrien kerana individu yang mengambil atau minuman yang berlebihan gula sering mengabaikan makanan lain yang berkhasiat di dalam diet mereka.
No comments:
Post a Comment