Pages

Kelebihan bangun pagi

Thursday, 27 October 2016

DAPAT BERSENAM


Menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk 
melakukan aktiviti seharian. Dengan sedikit masa walaupun sekadar lima 
minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga.


BERSARAPAN AWAL


Bersarapan pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang 
mesti dilakukan. Dengan bersarapan, tenaga dapat dijana untuk bekerja, 
belajar dan berfikir. Selain itu, sarapan merupakan cara berdiet yang 
betul dan mampu mencegah kegemukan.


EMOSI YANG STABIL


Cuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana
 bangun lewat. Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan
 lalu lintas, kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimarahi
pihak atasan. Hasilnya, emosi akan terganggu sepanjang hari tersebut.


DAPAT MENYELESAIKAN KERJA DENGAN SEGERA


Bagi seorang ibu yang berkerjaya, bangun awal pagi memberi ruang
masa yang lebih untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh
pakaian, memasak dan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak.
Bagi seorang pelajar, dengan bangun awal mereka boleh mengulangkaji
 pelajaran. Begitu juga dengan suami yang bangun awal dapat mengejutkan
 isteri dan anak-anak untuk solat subuh secara berjemaah. 


MENYAMBUT HARI BARU


Diberi keizinan untuk memulakan hari baru ialah nikmat yang tidak 
ternilai  harganya. Bayangkan seandainya kita tidur panjang dan 
selama-lamanya? Maka, bersyukurlah dikurniakan hari yang baru 
dengan memulakan hari pada awal pagi lagi.


PRODUKTIVITI KERJA LEBIH BAIK


Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan,
maka ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik.
Hidup anda juga akan menjadi lebih produktif dengan adanya
masa lebih di awal pagi untuk menyusun atur jadual harian.


MEMILIKI TUBUH YANG SIHAT


Jika kita mandi sebelum solat Subuh, maka pelbagai kebaikan 
akan kita perolehi. Kulit kita akan menjadi lebih lembut dan halus, 
dapat melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesuburan 
lelaki dan perempuan, meningkatkan sel darah putih, dan 
mengurangkan tekanan serta mendapat ketenangan.


DOA RASULULLAH DI PAGI HARI 

"Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan di hari ini,
 kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya
 dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan
 yang ada di dalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Testimoni EMORRA LUCENT GLOW SERUM

Tuesday, 25 October 2016

DAH CUBA KE BELUM?

KALAU BELUM CUBA SEKARANG OKAY!

TERBAIK KAW KAW !

PROMO KAW KAW !

Emorra Lucent Glow Serum sangat bagus untuk menghilangkan parut-parut degil dekat muka. Kerana ia mengandungi Collagen, Argan oil, Aloe Barbadnis Leaf Extract, Witch Hazel, Matricaria, Tea Tree Oil, Virgin Coconut Oil dan Grape Seed Oil. 

Cara menggunakannya senang sahaja, hanya picit 1-3 titis ELGS di tapak tangan dan sapu rata di seluruh wajah @ area kulit yang bermasalah. Amalkan dua kali sehari. Dicadangkan disapu selepas mandi pagi dan malam sebelum tidur. Kesan perubahan dapat dilihat seawal pertama kali sapuan. Emorra Lucent Glow Serum dicadangkan diguna bersama set EMORRA SKINCARE baru kelihatn lebih bersinar, cantik dan sihat !






















YOU SHOULD ALWAYS FEEL PRETTY.

EVERYONE DESERVES TO FEEL BEAUTIFUL.

:) (:




Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Monday, 24 October 2016

UJIAN ALLAH SWT SANGAT BESAR !

Admin doakan Semoga mereka yg berada di Hospital Sultanah Aminah, 
Johor Bahru tabah menghadapi dugaanNya. Mudah2an bantuan segera dpt 
diberikan kpd semua pihak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Mudah2an Allah permudahkan segala urusan bagi semua pihak yg terlibat.














DOA DIBERI KESABARAN MENGHADAPI DUGAAN



Sama2lah kita berdoa agar mereka tabah dgn ujian diberikan.
Amin...

"Ujian adalah tarbiyah dari Allah"


Bersabarlah...

Hilangkan rasa sakit kepala TANPA panadol


1) MINUMAN ISOTONIK

Campurkan minuman isotonik dengan air putih pada kadar 1:1 atau 1:2.
Maksudnya secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.



2) RENDAMAN KAKI

Rendamkan kaki ke dalam besen yang mengandungi air suam.
Ia akan membuatkan tekanan darah turun dari kepala anda.



3) EPAL HIJAU

Ambil sebiji epal hijau yang dibelah dua dan ambil 2 gelas air.
Rebuskan air epal tersebut sehingga tinggal 1 gelas air sahaja.
Minum air rebusan epal hijau begitu saja tanpa tambah gula.



4) DUDUK TEGAK

Ketika anda duduk dengan posisi membongkok, maka leher akan menahan 
berat kepala sehingga ototnya menegang dan menimbulkan rasa pening.



5) TIDUR

Tidur yang berkualiti dan sesuai dengan waktunya, 8 jam per hari.
Jika anda tidur sekejap, bangun dan tidur semula, maka keadaan
sakit kepala boleh menjadi lebih parah lagi.




6) LEPASKAN IKATAN DI KEPALA

Ikatan yang terlalu ketat boleh membuat kulit kepala menegang.
Peredaran darah yang terganggu akibat ikatan yang kuat di kepala
pun boleh mencetuskan pening kepala.



7) MAKAN MAKANAN YANG PEDAS

Boleh membantu penyembuhan pening atau sakit kepala yang dialami.
Bila terasa sakit kepala, cari semangkuk tomyam pasti sakit kembali pulih.



8) LIMAU KASTURI

Perahkan limau kasturi rata-rata di kepala, kemudian ramas rambut 
perlahan-lahan dan picit-picit kepala untuk membuatkan aliran 
darah berjalan dengan baik.



9) BAWANG PUTIH

Hiris nipis-nipis bawang putih kemudian letakkan di tepi dahi
sehingga rasa pening atau sakit kepala hilang.



10) MINUM AIR KOSONG

Kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, 
air kosong, teh atau limau purut. Minum dua atau tiga gelas air 
kosong seteguk-seteguk dan rehat.



11) BERNAFAS LEBIH EFISIEN DENGAN MENUTUP MATA

Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas 
secara betul. Kemungkinan sakit kepala berlaku keran kekurangan oksigen.
Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam sambil pejamkan mata.



12) MANDI AIR PANAS

Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim atau 
kunjungi bilik spa untuk mendapatkan rawatan stim.



13) URUTAN KEPALA

Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara 
lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan 
tegangan yang berlkau di sekitar kepala.



14)  ASAM DAN SANTAN

Tapis perahan asam dan campurkan bersama santan.Lumurkan keseluruh 
kepala. Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering. Setelah selesai, 
basuhkan rambut dengan air dan shampu.



15) DAUN BUNGA RAYA

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam.



16) DAUN LEMUNI

Daun lemuni (batang yang lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah ke dalam bantal tadi.
Amalkan 2-3 hari.



17) DOA

Maksudnya: Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk 
dengan sebab menikmatinya.

Barangkali mereka lupa sakit itu datang dari Allah. Letakkan tangan pada
 tempat sakit dan bacalah doa rawatan sakit kepala ini sebanyak tujuh kali.

Amalkan surah lain juga seperti:

- Surah Al-Fatihah (1 kali)
- Surah Ayatul Kursi (3 kali)
- Surah Al-Ikhlas (3 kali)
- Surah Al-Falaq (1 kali)
- Surah An-Nas (1 kali)
- Surah Yasin ayat ke-58 (3 kali)
- Selawat atas nabi saw (3 kali)



Kalau nak maklumat lebih lanjut or nasihat 
boleh whatsapp sis 011-21179477.

"Take care of your body. 
It's the only place you have to live in."












 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS