Pages

Jumpa di SACC MALL pada 24 - 26 Februari 2017!!

Tuesday, 21 February 2017


A HOT TEASER FOR YOU GUYS!!
ALL ITEM PADA HARGA RM50!! RM50!!! RM50!!!
.
✔ Emorra Skincare = RM40/each
✔ Emorra Glow C Shine = RM50/each

✔ Emorra Lucent Glow Serum = RM50/each
✔ Darling DD Air Cushion Foundation = RM50/each
.
How to order?
Come & meet us!

.
Date: 24 - 26 FEB 2017
Time: 10:30 AM - 21:00 PM
Venue: SACC Mall, Shah Alam

 

Rugi taw kalau anda semua tak datang SACC MALL 24 - 26 Februari 2017 nih!!
Semua produk kami bagi RM50 SAHAJA daripada harga asalnya yang beratusan!!


BR1M 2017.

Wednesday, 15 February 2017



TARIKH PEMBAYARAN BR1M 2017

Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017.

Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Februari 2017.

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BR1M mengikut kategori pendapatan bulanan. 


ADAKAH ANDA LAYAK MENERIMA BR1M?
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4000 dan ke bawah.
  • Warga emas yang hidup bersendirian.
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2000 dan ke bawah.

MEMOHAN DAN KEMASKINI BR1M SECARA ONLINE:

Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BR1M secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:


Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi eBR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.




Langkah untuk mencapai berat badan unggul

Tuesday, 14 February 2017


Sekiranya BMI anda menunjukkan bahawa anda berada lebih daripada tahap berat badan yang unggul, maka anda boleh memilih cara mengawal berat badan dengan memilih cara mengawal berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan digabungkan dengan senaman yang teratur.

Mengamalkan pemakan yang sihat:
  • Memakan makanan yang pelbagai jenis seperti memilih makanan daripada kumpulan bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Tambahkan makanan jenis serat (fiber) - lebihkan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan kuning, kekacang dan bijirin.
  • Kurangkan memakan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Elaklan memakan makanan yang digoreng. Pilih makanan yang kurang berlemak.
  • Makan mengikut peringkat umur dan tahap aktiviti anda.
  • Makan mengikut masa yang tetap dan elakkan daripada memakan snek di antara masa makan.
  • Kurangkan  pengambilan gula dalam makanan anda. Elakkan meminum minuman ringan, kordial, biskut, kek, makanan pencuci mulut dan jem.

Fatwa Haram Menyambut Perayaan Valentine’s Day

Sunday, 12 February 2017

Fatwa Haram Menyambut Perayaan Valentine’s Day

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. 

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.



Keterangan/Hujah :

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam MENOLAK konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal MELARANG umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. 

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. :

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
(Riwayat Abu Daud)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Valentine days HARAM disambut oleh umat islam?

Thursday, 9 February 2017




Sebab-Sebab Pengharaman Valentine’s Day

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. Ia adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang menfatwakan bahawa adalah HARAM kepada umat Islam menyambut Perayaan Valentine’s Day di atas sebab-sebab berikut :

1.   Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

2.  Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

3.     Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

4.   Hari Kekasih yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut Hari Kekasih berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

5.      Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.




 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS